
Sektor Pendidikan Palestin Tenat: Kadar berhenti sekolah keseluruhan Palestin dilihat semakin meningkat pada peringkat menengah. Namun, di Gaza menunjukkan kadar lebih rendah disebabkan peranan besar NGO & CSO dalam menyediakan servis pendidikan.
[The 2014 Palestine Human Development Report]
Defisit Belanjawan Besar: Sektor pendidikan di Gaza mengalami defisit belanjawan yang besar dan kekurangan kakitangan. 850 orang guru diperlukan di sektor pendidikan, namun bahagian politik Palestin telah menghalang Gaza daripada mengambil lebih ramai guru disebabkan krisis kewangan.
[The Euro-Mediterranean Human Rights Monitor - Jan 2021]
Kesesakan Pelajar Setiap Kelas: Gaza perlukan 86 buah sekolah tambahan dengan kapasiti bilik darjah sebanyak 1,081 buah. Purata bilangan pelajar setiap kelas pada tahun 2020 melebihi 42 orang pelajar, berbanding sekitar 36.5 pelajar pada tahun 2005.
[The Euro-Mediterranean Human Rights Monitor - Jan 2021]
KADAR CELIK HURUF PALESTIN ANTARA PALING TINGGI DI DUNIA: 97%.
Tahukah kalian? Keputusan keseluruhan peperiksaan di Gaza sentiasa lebih baik dari Tebing Barat. MasyaAllah!
Ini terbukti apabila pelajar Gaza bernama Shams Ahmad Abu-Amra mendapat markah setinggi 99.3%! Tempat di tangga pertama Palestin dalam peperiksaan tawjihi (SPM).
"Tak pernah saya rasakan sebegini teruja. Ini adalah saat yang paling gembira dalam hidup saya." Gadis ini mendapat tawaran biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajarannya di Jordan.
GENERASI SALAHUDDIN AL-AYYUBI
Palestin sangat perlukan generasi pelajar berkualiti untuk mencorak kepimpinan baru yang akan menyumbang kepada pembentukan negara bebas dan berkuasa.
Pelajar yang berpotensi besar seperti ini kebiasaannya kekurangan institusi yang berminat dengan mereka.
Tak seperti negara lain, institusi sedia ada juga tak memfokuskan dalam pembentukan para pemimpin masa hadapan.
PENDIDIKAN JALAN PEMBEBASAN
Memandang serius akan hal ini, CGM mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah sekolah elit yang diberi nama Sekolah Malaysia.
Dan antara kejayaan terbaru Sekolah Malaysia pada tahun 2021 adalah sebuah lagi Sekolah Malaysia 2 untuk pelajar perempuan telah dibuka dan dirasmikan pada 31 Ogos 2021.
Sebuah sekolah khas untuk pelajar cemerlang dengan hafalan Al-Quran yang mantap, seiring moto: Pelajar Cemerlang Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan.
Dan secara tidak langsung, kewujudan Sekolah Malaysia ini telah membuka peluang pekerjaan kepada 20-25 buah keluarga di Gaza.
Lihat aktiviti serta perkembangan Sekolah Malaysia 1 & 2 (hasil daripada sumbangan kalian) di sini:
✅ Sekolah Malaysia 1 (Beit Lahia)
✅ Sekolah Malaysia 2 (Bandar Gaza)
Sasaran: | RM3,000,000.00 |
Tempoh: | Januari - September 2022 |
Bantuan: | Sekolah Malaysia 1 & 2 ✅ Biasiswa pelajar cemerlang ✅ Yuran pelajaran ✅ Kelas pengukuhan setaraf SPM ✅ Gaji bulanan guru & staf ✅ Sewa bangunan dan selenggara ✅ Belanjawan operasi Biasiswa mahasiswa Palestin ✅ Pelajar jurusan profesional ✅ Pelajar Master & PhD ✅ Pelajar Palestin di Malaysia Baucar buku ✅ Pelajar Palestin di Malaysia |

Nabi SAW bersabda: "Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa: Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi berdoa: Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (kedekut) kemusnahan." (HR Bukhari & Muslim)

⚠️ Sumbangan selain pakej ditawarkan, boleh salurkan terus ke akaun rasmi Education 4 Gaza, Maybank 5505 1128 0042 (rujukan: edu).
⚠️ Sebarang pertanyaan dan resit rasmi, WhatsApp Donor Relation di nombor 016-463 6354.
⚠️ Kami sangat menghormati privasi anda. Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang SMS daripada kami, sila tekan link ini untuk unsubscribe >> PADAM NOMBOR ANDA DI SINI <<