[AUTO-DEBIT] JANA PAHALA BERTERUSAN, BANTU UMAT ISLAM SECARA BULANAN
80% PENDUDUK GAZA BERADA DI BAWAH PARAS KEMISKINAN
Perjuangan masih belum selesai. Kemerdekaan Palestin masih lagi tertangguh.
Mereka di sana masih memerlukan bantuan berterusan daripada kita di sini.
Rejim Zionis terus-menerus melakukan pencabulan hak dan penindasan.
Rumah-rumah musnah dibom, anak-anak kecil pula tidak mendapat hak asasi pendidikan yang selayaknya.
AMALAN DICINTAI ALLAH, AMALAN YANG DIKERJAKAN BERKEKALAN WALAUPUN SEDIKIT
Oleh yang demikian, buat pertama kalinya CGM membuka peluang eksklusif kepada anda untuk menyertai Istiqamah4Gaza dengan serendah:
+ RM50/Bulan
+ RM100/Bulan
Anda akan membantu saudara kita yang tertindas melalui projek jangka masa panjang kami di:
+ Gaza, Palestin
+ Tebing Barat, Palestin
+ Pelarian Syria
+ Kem-kem pelarian
+ Malaysia
KE MANA DANA SUMBANGAN KALIAN AKAN DIMANFAATKAN?
Dana sumbangan daripada anda setiap bulan akan kami salurkan untuk projek-projek bantuan seperti:
PROJEK | KEMPEN |
Utama | Edu4Gaza: Bantuan pendidikan kanak-kanak di Gaza melalui Sekolah Malaysia. Home4Humanity: Bantuan baik pulih rumah yang musnah diserang Israel atau bencana alam. Malaysia Incubator: Bantuan penjanaan ekonomi penduduk Gaza melalui tajaan dan pemerkasaan kemahiran. |
Kecemasan | Emergency4Gaza: Bantuan kecemasan peperangan atau bencana alam. Health4Gaza: Bantuan alatan perubatan Hospital Gaza dan pembedahan kecil anak Gaza. |
Malaysia | Bantuan asnaf di Malaysia. Bantuan bencana alam. |
KHAS UNTUK SEMUA PENYUMBANG BULANAN YANG BERDAFTAR!
+ Sijil penghargaan dan cenderahati khas diberikan pada akhir tahun 2022.
SUMBANGAN KALIAN BUKAN HANYA UNTUK HARI INI, TAPI DOA MEREKA AKAN DIBAWA KE SYURGA NANTI
"Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu.
Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit." [HR Bukhari no: 5413]
DENGAN LAFAZ BISMILLAH, DAFTAR SEGERA INFAK BULANAN KALIAN!
Untuk pendaftaran RM100 sebulan, boleh klik pada butang di bawah:
Manakala untuk pendaftaran RM50 sebulan, sila terus ke pakej yang disediakan di bawah.