TABUNG BANTUAN COVID-19;
PEK BEKALAN MAKANAN ASAS UNTUK YANG TERJEJAS
JUMLAH KES BAHARU MALAYSIA BERADA DI PARAS KRITIKAL
Angka kes baharu yang naik dari hari ke hari di Malaysia sangat menggusarkan rakyat, lebih-lebih lagi mereka yang terjejas sepenuhnya pendapatan pada musim PKP.
Lagi membimbangkan apabila ada yang sehingga terfikir untuk membunuh diri kerana tidak lagi mampu menanggung tekanan hidup.
Dalam meringankan bebanan, ramai pihak telah memainkan peranan masing-masing. Tak kurang, ada yang memberi inisiatif kepada mereka yang terdesak untuk kibarkan bendera putih di rumah.
Dipihak CGM juga sedang menjalankan kempen bantuan yang diberi nama Family Foodbank CGM untuk penerima asnaf dan B40. Alhamdulillah, ia telah berlangsung selama lebih enam minggu.
KITA MUNGKIN BERADA DI LAUTAN YANG SAMA, NAMUN PELAYARAN KITA ADALAH BERBEZA
Sepanjang tempoh ini, CGM belum melancarkan sebarang tabung khas untuk Foodbank dan berjaya mengagihkan bantuan dengan hasil kutipan dana projek Malaysia dalam kempen sebelumnya.
Namun, melihat kes baharu yang tidak juga menurun, kami khuatir dana berbaki tidak lagi mencukupi untuk meneruskan projek bantuan ini.
Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk melancarkan tabung bantuan Family Foodbank CGM dengan butiran seperti di bawah:
Sasaran | RM10,000 / minggu. |
Keluarga | 100 buah / minggu. |
Bantuan | Beras, telur, sardin, mi segera, teh, kicap, tepung, gula, minyak, biskut & ayam. |
Bangsa | Melayu, Cina, India & warga asing. |
Lokasi | Sekitar Selangor, Perak & Sabah. |
Tempoh | Sepanjang PKP. |
Selain itu, dua buah projek tambahan lagi iaitu Bakul Prihatin Pemandu Teksi dan Bakul Makanan Saudara Sabah turut dilancarkan.
TIDAK TERMASUK ORANG MUKMIN, ORANG YANG KENYANG SEMENTARA TETANGGANYA KELAPARAN
Jelaslah bahawa antara bukti keimanan seseorang adalah apabila dirinya memiliki sifat prihatin terhadap kesusahan jirannya.
Seseorang itu tidak beriman seandainya dirinya tidur dalam keadaan kekenyangan sedangkan ada tetangganya yang kelaparan.
Sumbangan selain jumlah ditawarkan, salurkan ke akaun virtual CGM di: Projek Malaysia, Maybank 5505 1128 0101 (Rujukan: FoodbankCGM).
Sebarang pertanyaan, Whatsapp atau hubungi Cik Nadia di nombor +6010-252 5331.
Usah kita berkira tentang harta dan pahala, bila niat dan keikhlasan sudah timbul di hati ❤